Friday, March 27, 2009

Buat pedoman

Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam ?

(Ini adalah sebuah buku karangan: Fathi Yakan)

Buku ini hasil karya tokoh Islam terkenal iaitu Fathi Yakan. Diterjemah dari karya asal, madza yakni fi intima' lil islam. Mengungkap konsep-konsep asas untuk menjadi seorang muslim, bermula dari aqidah, ibadah, akhlak hinggalah ke gerakan islamiyah. Perlu dibaca oleh setiap muslim!

BAHAGIAN PERTAMA

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.

2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.

3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.

4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.

5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.

6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.

Mukadimah Bahagian Pertama

Bahagian pertama buku ini bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.

Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala:

هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ

Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).

(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).


BAHAGIAN KEDUA

Apakah Ertinya Saya Menggabungkan Diri Dengan Harakah Islamiah

1. Saya Mesti Hidup Untuk Islam.

2. Saya Mesti Beriman Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib.

3. Tanggungjawab, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah.

4. Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Untuk Islam.

5. Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah Makna Penggabungan Dengan Harakah Islamiah.

6. Saya Mesti Memahami Makna Pemutusan Amal Islami.

7. Saya Mestilah Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaannya.


Mukadimah Bahagian Kedua

Bahagian kedua kitab ini yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menggabungkan Diri Dengan Harakah Islamiah" membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam supaya penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar.

Asas bagi penggabungan seseorang dengan harakah Islamiah ialah wujudnya ciri-ciri dan sifat-sifat penggabungan seseorang dengan agama Islam itu sendiri. Inilah yang menjadikan Harakah Islamiah mengambil berat ke atas persiapan peribadi Muslim yang sebenarnya sebelum memulakan usaha membentuknya sebagai seorang anggota Harakah Islamiah.

Langkah ini perlu kerana penggabungan diri seseorang dengan ajaran Islam adalah asas, manakala penggabungan ke dalam harakah pula adalah sebahagian yang tidak boleh diceraikan dari hakikat penggabungan seseorang dengan agama ini.

Hanya Allah yang memberi taufik dan kepadanyalah kita memohon perlindungan.

Di harap sahabat-sahabat dapat mengambil iktibar dari pembacaan ini..usaha dakwah yang kecil ini diharap mampu menambahkan sedikit ilmu buat kita semua....Untuk pembacaan yang lebih lanjut sila layari www.al-islam.com...click je kt Links tu.....sekian...

No comments:

Post a Comment