Jika dilihat dengan mata kasar,sebatang pen dan sebuah buku nota tiada
apa yang luar biasa.
namun,bagi seorang pencinta ilmu dua benda ini adalah merupakan senjata
yang amat berkuasa.
dan mampu mengubah jiwa,dari seorang yang jahil kepada seorang yang
alim,dari seorang yang kurang mentaati Allah kepada lebih mentaatinya.
Tatkala menghadiri majlis-majlis ilmu, dua benda ini wajib ada pada
seorang yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Dua benda ini juga merupakan perkara yang amat penting bagi seorang
pemimpin yang penuh dengan pelbagai aktivti dan hal yang mesti diuruskan. Bagi seorang
pemimpin, sebatang pen dan sebuah buku merupakan 'orang penting' dalam menjalani hari-hari
yang mendatang. Tanpa sebatang pen dan sebuah buku nota seseorang pemimpin akan
menghadapi masalah dalam menguruskan hal seharian.
Iktibarnya, sebagai seorang manusia yang lemah ingatannya, haruslah kita mencatat hal-hal
yang penting dan juga segala perancangan untuk jangka masa yang panjang.